Friday, September 16, 2011

PSA Augest 2011 Activity (Quran Recitation and Memorization Competition.)

Date: 16th-18th August 2011

Time: 9:00 a.m. - 7:00 p.m.

Venue: Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia


Postgraduate Student Association in collaboration with Pusat Islam USM, Institute of Postgraduate Studies (IPS) and BHEPP (Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) - organizing Malaysian IPT Postgraduates Quran Recitation and Memorization Competition. Universiti Sains Malaysia is organizing this competition for the first time in which many goverment Universities in Malaysia participated.


PULAU PINANG, 18 Ogos – Qari dari Universiti Teknologi Petronas (UTP), Muhammad Zulhaziman Salleh, 24, muncul johan Pertandingan Hafazan dan Tilawah Al-Quran anjuran Persatuan Pelajar Pasca Siswazah (PSA), Universiti Sains Malaysia (USM) yang berlangsung di sini baru-baru ini.

Beliau berjaya mendahului peserta di tempat kedua, Omar Saeed Ali, 41 dan tempat ketiga, Umar Rafsanjani, 29, masing-masing dari USM dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 1,000, piala pusingan, plak serta sijil penghargaan.

Bagi pertandingan Hafazan, peserta tuan rumah, Abdullah Hussein Ahmed, 33, merangkul gelaran juara dan turut menggondol hadiah utama piala pusingan, wang tunai RM 1,200, plak serta sijil penghargaan.

Mohamed Tagelsir, 24, dari UTP muncul naib johan diikuti tempat ketiga, Mohamed Habashy Mubarak, 36, dari USM.

Majlis yang berlangsung di Masjid Al-Malik Khalid USM itu julung kali diperkenalkan PSA dengan penglibatan peserta-peserta pasca siswazah dari seluruh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tanahair.

Majlis yang dimeriahkan dengan kehadiran Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak itu menjadi kesinabungan penganjurannya pada tahun lalu yang hanya melibatkan para pelajar Pasca Siswazah dari USM.

Dzulkifli dalam ucapannya berkata, inisiatif yang dilaksanakan PSA itu amat digalakkan khususnya dalam memekarkan syiar Islam kepada keseluruhan masyarakat.

Katanya, langkah itu menjadi salah satu agenda yang dapat menyedarkan masyarakat berkenaan ajaran Islam yang indah dan suci, selain menunjukkan kepada masyarakat apakah erti Islam sebenarnya.

``Dalam konteks dunia yang dilanda pelbagai krisis termasuk ekonomi, alam sekitar dan moral masyarakat, kita perlu tampil dengan inisiatif seumpama ini bagi memperbetulkan apa yang pincang khususnya yang membuatkan orang melihat Islam sebagai sesuatu yang kompleks.

``Saya amat berharap majlis seumpama ini dapat dianjurkan dengan lebih meluas pada masa depan dan pihak universiti akan sentiasa memberi sokongan yang sebaiknya,’’ katanya.

No comments:

Post a Comment